LinkWithin

Khamis, 5 April 2012

KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA

Assalamualaikum.......

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran jam 8.00 pagi hingga jam 11.00 pagi).Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat.Boleh juga dilakaukan sebanyak 4,6,8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha :-

1.Bacaan niat solat Dhuha ertinya : "sahaja aku solat suhat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala"
2.Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam.
3.Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha.
4.Setelah selesai salam,lalu membaca doa

maksudnya :-

"Ya Allah,sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMU,kecantikannya adalah kecantikkanMU,keindahan itu keindahanMU,kekuatan itu kekuatanMU,kekuasaan itu kekuasaanMU dan perlindungan itu perlindunganMU.Ya Allah,jika rezekiku masih dilangit,turunkanlah,dan jika didalam bumi,keluarkanlah,jika sukar,permudahkanlah,jika haram,sucikanlahdan jika jauh,dekatkanlah.Berkat waktu Dhuha,kecantikan,keindahan,kekuatan,kekuasaanMU,limpahkan kepadaku segalanyayang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMU yang soleh.

Kelebihan :

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :

"Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali,dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali,nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar."(HR. Anas B Malik).


"Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus,akan diampuni dosanya oleh Allah,sekalipun dosa itu seluas lautan."(HR Tarmizi)

 "Rasullulah S.A.W bersabda : Setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah,dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah,dan setiap ucapan takbir itu sedekah,dan meyeru dalam kebaikan sedekah,dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah,dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat."(HR Ahmad,Muslim dan Daud)


Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Ibrahim. Terbitan Al-Hidayah Publisher


credit : ummiadam.teratakrindu.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan