LinkWithin

Rabu, 23 Mei 2012

Selasa, 22 Mei 2012

Mengapa rasa sihat di Makkah?





Sejak 125 tahun lalu,GMT telah diterima pakai sebagai wilayah yang dijadikan ukuran awal waktu dunia kerana dilalui titik nol darjat.Penentuan titik ini penting untuk mempermudahkan ukuran waktu perjalanan dan komunikasi antara negara.

Bagi Arab Saudi, Makkah  dianggap lebi tepat sebagai episentrum dunia. Kota suci umat islam tersebut adalah diakui sebagai wilayah tanpa kekuatan magnetik oleh peneliti Mesir seperti Abdel-Baset al-Sayyed. Artinya, jarum kompas tidak bergerak saat di Makkah.

"Itulah mengapa ketika seseorang berpergian ke Makkah atau tinggal di sana, mereka tinggal lebih lama dan lebih sehat karena hidupnya lebih sedikit di pengaruhi oleh gravitasi," jelas al-Sayyed.

Bagaimanakah anda mengacau makanan atau minuman?menggunakan arah jam atau lawah jam?

Berpandukan sunnah Rasulullah, Baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti,mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk..

Pergerakkan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam. Pergerakkan cytoplasm  di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam. Begitu peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.

Mengikut artical "Rahsia Kaabah" yang saya baca disini,dijelaskan bahawa antara faktor-faktor yang menyebabkan pusaran tenaga sangat besar di kaabah dan mengapa berdoa di Multazam sangat mustajab  ialah kerana arah tawaf mengikut arah lawan jam. bagaimana?
Dalam fizik,hukum Tangan kanan(Right hand rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelilingi oleh arus mengalir mengikut arah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala kea atas.

Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar,terjana daripada bio-electrons dalam tubuh manusia,bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi Kaabah.Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.

Jadi dari situlah  rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari kaabah. Maka kekuatan doa kitamenjadi berlipat kali ganda.

Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, saya pernah terbaca bahwa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama,berpandukan Hukum Tangan kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melaui lawan arah jam.

Kitaran hayat manusia melalui arah jam, sekiranya kita melawan arah jam, kita melawan penuaan dan menyihatkan badan kerana pergerakkan cytoplasm di dalam sel manusia adalah mengikut arah lawan jam.


Subhanallah...ikutlah sunnah Nabi S.A.W semoga kita akan sentiasa sihat..

Jumaat, 13 April 2012

kelebihan surah Dhuha


assaalamualaikum....hari ini saya nak kongsi kepada rakan-rakan tentang kelebihan surah Dhuha..
Surah Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, di tinggalkan dan di benci.Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad S.A.W bahawa Allah S.W.T telah membenci dan meninggalkan baginda S.A.W..

Allah S.W.T dengan bahasa lembut menyejukkan jiwa Nabi S.A.W,bahawa Dia tidak tinggalkan dan bencikan Nabi S.A.W..Bagi mereka yang merasakan diri disisihkan manusia,hakikatnya..Allah tidak biarkan mereka kesepian.Dia sentiasa bersama, lalu Dia pujuk jiwa yang disishkan itu dengan jaminan bahawa hari esok adalah cerah dan lebih baik dari hari ini.

Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika di amalkan selalu..

Terjemahan :-

1.Demi waktu Dhuha
2.Dan malam apabila ia sunyi sepi.
3.(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak menninggalkanmu,dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang Ditutuh oleh kaum Musyrik).
4.Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebi baik bagimu daripada permulaannya.
5.Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat) sehingga engkau reda-berpuas hati.
6.Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Ia memberikan perlindungan?
7.Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah  (dengan wahyu Al-Qu`ran)?
8.Dan didapatiNya engkau miskin,lalu  Ia memberikan kekayaan?
9.Oleh itu,adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.
10.Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
11.Adapun nikmat Tuhammu maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.



sumber : aduka panji fans pages

Khamis, 5 April 2012

DOA UNTUK PASANGAN BERCINTA

Ya Allah.....
seandainya telah engkau catatkan..
Dia miliku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah Kebahagian antara kami..
Agar kemesraan ini abadi...
Dan Ya Allah..Ya Tuhan yang mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya allah..
Seadainya telah engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah ia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah ia dari ingatkanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Serta Ya Allah Ya Tuhan yang maha mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangan jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
agar ku bisa bahagia..
Walaupun tanpa bersama dengannya..
Dan Ya Allah yang tercinta..
Gantilah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
Walaupun tidak sama dengan dirinya..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Pasrahlah aku dengan takdirMu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik buatku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hamba MU ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan di Akhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini..
Jangan Engkau biarkan aku bersendirian..
Di dunia ini mahupun di Akhirat..
jangan menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraanhidup..
ke jalan yang Engkau redhai..
Dankurniakanlah padaku keturunan yang soleh..

Amin..Ya Rabbal A`lamin..






credit : ummiadam.teratakrindu.net

KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA

Assalamualaikum.......

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran jam 8.00 pagi hingga jam 11.00 pagi).Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat.Boleh juga dilakaukan sebanyak 4,6,8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha :-

1.Bacaan niat solat Dhuha ertinya : "sahaja aku solat suhat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala"
2.Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam.
3.Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha.
4.Setelah selesai salam,lalu membaca doa

maksudnya :-

"Ya Allah,sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMU,kecantikannya adalah kecantikkanMU,keindahan itu keindahanMU,kekuatan itu kekuatanMU,kekuasaan itu kekuasaanMU dan perlindungan itu perlindunganMU.Ya Allah,jika rezekiku masih dilangit,turunkanlah,dan jika didalam bumi,keluarkanlah,jika sukar,permudahkanlah,jika haram,sucikanlahdan jika jauh,dekatkanlah.Berkat waktu Dhuha,kecantikan,keindahan,kekuatan,kekuasaanMU,limpahkan kepadaku segalanyayang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMU yang soleh.

Kelebihan :

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :

"Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali,dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali,nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar."(HR. Anas B Malik).


"Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus,akan diampuni dosanya oleh Allah,sekalipun dosa itu seluas lautan."(HR Tarmizi)

 "Rasullulah S.A.W bersabda : Setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah,dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah,dan setiap ucapan takbir itu sedekah,dan meyeru dalam kebaikan sedekah,dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah,dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat."(HR Ahmad,Muslim dan Daud)


Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Ibrahim. Terbitan Al-Hidayah Publisher


credit : ummiadam.teratakrindu.net

Isnin, 26 Mac 2012

CINTA LEBIH DARI..


Ramai yang tahu tentang cinta.Ramai yang tahu menyebut perkataan CINTA.Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata..Tetapi adakah anda tahu apakah itu cinta yang sebenar?kat sini ada seorang pakar cin yang ingin berkongsi apakah itu cinta dengan lebih lanjut.



Sifat cinta

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itu la cinta sebenar cinta.

Cinta wujud sejak dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran kelahiran cinta bermula dari kepadabelaian ibu,membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta bersedia

Bila sampai masanya di tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawabkan kerana cinta.Sedia untuk menerahkan diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak boleh dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu hidup

Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya dera dan peraan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.

Cinta itu suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balsan.Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa.Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdoa.

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakakan diri kekasih yang dicintai.malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya itu sendiri.









Ahad, 25 Mac 2012

SENARAI NAMA-NAMA TERLARANG DALAM ISLAM

Assalamualaikum semua..sini saya nk kongsi sikit antara senarai nama-nama yang terlarang dalam islam :-

Nama-nama dilarang dalam islam(Panduan menaakan anak)

~Abkam ( tidak celik,buta)

~Abiqah (Hamba yang lari dari tuannya)

~Afinah(yang bodoh)

~Asyar(Paling jahat)

~Asyirah(Yang tidak bersyukur atas nikmat)

~Amah(Hamba suruhan perempuan)

~Baghiah(yang zalim,jahat)

~Bahimah(binatang)

~Balidah(yang bodoh,bebal)

~Bakiah(yang menangis,merengek)

~Baqarah(Lembu betina)

~Batilah(yang batil,tidak benar)

~Dabbah(binatang)

~Dahriyah(yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya)

~Dahisyah(goncang,stress)

~Darakah(kedudukan yang rendah)

~Daniyah(yang lemah dan hina

~Dami`ah(yang mengalir air matanya)

~Fasidah(yang rosak,yang binasa)

~Fasyilah(gagal,kalah)

~Fajirah(yang jahat,yang berdosa)

~Faji`ah(kecelakaan)

~Ghafilah(yang lalai,yang leka)

~Ghailah(kecelakan,bencana)

~Ghaibah(hilang)

~Ghasibah(perampas,perompak)

~Ghamitah(yang tidak mensyukuri nikmat)

~Ghawiah(yang sesat,yang mengikut hawa nafsu)

~Haqidah(yang dengki)

~Hasidah(yang hasad)

~Hazinah(yang sedih)

~Huzn(kesedihan)

~Khabithah(yang jahat,yang keji)

~Khali`ah(yang tidak segan silu,mengikut hawa nafsu)

~Khati`ah(yang bersalah,yangberdosa)

~Khasirah(yang rugi)

~Khamrah(arak)

~Jariah(hamba suruhan perempuan)

~Jafiah(yang tidak suka berkawan)

~Kaibah(yang sedih)

~Kafirah(yang kafir,yang ingkar)

~Kamidah(yang hiba,yang sangat berduka)

~Kazibah(pendusta,pembohong)

~Lahab(bara api)

~Laghiah(sia-sia,tidak berfaedah)

~La`imah(yang tercela)

~Lainah(yang terkutuk)

~Lahifah(yang sedih,menyesal dan dizalimi)

~Maridah(yang menderhaka)

~Majinah(yang bergurau senda tanpa perasaan malu)

~Majusiah(agama menyembah api atau matahari)

~Munafikah(yang munafik)

~Musibah(Celaka,bencana,kemalangan)

~Nariah(api)

~Nasyizah(yang menderhaka dan melawan suami)

~Najisah(yang najis dan kotor)

~Qabihah(yang buruk,hodoh)

~Qatilah(pembunuh)

~Qasitah(yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran)

~Qazurah(kejahatan)

~Rajimah(yang direjam,yang dilaknat)

~Razi`ah(kecelakaan,musibah)

~Razilah(yang keji dan hina)

~Sakitah(yang jatuh,yang hina,yang jahat)

~Safilah(yang rendah dan hina)

~Sahiah(yang pelupa)

~Sakirah(pemabuk)

~Syafihah(yang bodoh)

~Syaridah(yang diusir)

~Syaqiyah(yang menderita)

~Syarruk Barriyyah(sejahat-jahat manusia)

~Syaniah(yang buruk)

~Syarisah(yang buruk akhlak)

~Syatimah(maki hamun)

~Syariqah(pencuri)

~Talifah(yang rosak,yang binasa)

~Tarbiyah(yang papa kedana)

~Tarikah(anak dara tua)

~Tafihah(karut)

~Talihah(yang tidak baik)

~Yaisah(yang berputus asa)

~Yabisah(yang kering,yang sedikit  kebaikannya)

~Wahinah(penakut)

~Waqidah(yang kurang sopan dan malu)

~Wasikhah(yang kotor)

~Wasyiah(yang mengumpat,yang mengadu dombakan orang)

~Wahimah(yang lemah)

~Wahiah(yang lemah,yang jatuh,yang buruk)

~Wajilah(penakut)

~Wailah(bencana,keburukkan)

~Waqi`ah(pertempuran dalam peperangan,umpatan)

~Zalijah(kebinasaan)

~Zalilah(yang hina)

~Zalimah(yang zalim)

~Zaniyah(penzina,pelacur)

~Zufafah(racun pembunuh)



sumber : http://name.crazyartzone.com

Jumaat, 23 Mac 2012

KELEBIHAN SOLAT JUMAAT

Solat jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah S.W.T daripada setiap ibadat yang dilaksanakan.

Selain itu,hari jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan,nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Rasulullah bersabda : "Sesiapa hadir solat jumaat pada saat pertama,dia umpama  berkorban seekor unta.Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua,dia seperti berkorban seekor lembu.Sesiapa .yang menghadiri solat jumaat pada saat ketiga,dia seperti berkorban seekor kibas.Sesiapa hadir solat jumaat pada saat keempat,dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa solat pada saat kelima,dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.".


Apabila imam naik ke mimbar,malaikat menutup buku catatanya dan ikut mendengar khutbah.Justeru,sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata,tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

sumber : Jabatan kemajuan islam malaysia(JAKIM)
Yayasan Dakwah islam Malaysia(YADIM)

KELEBIHAN HARI JUMAAT

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia.Pada hari jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting,iaitu :-

1.Allah S.W.T ciptakan Adam
2.Allah S.W.T turunkan Nabi Adam ke bumi.
3.Allah S.W.T mematikan Nabi Adam.
4.Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu,kecuali Allah S.W.T akan perkenankan permohonannya,selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5.Pada hari itu juga akan terjadinya Hari Kiamat.Tidak ada satu malaikat pun,sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah S.W.T ,langit,bumi,angin,gunung dan juga lautan.Melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.(Riwayat hadis muslim)


Dalam hadis lain,Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud ;-
"Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat,hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat.Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan Afdal daripada hari Jumaat".(hadis Riwayat Tirmidzi).




sumber : http://pmr.penerangan.gov.my

Di Kala Jiwa Mulai Kacau | PAKSI.NET

Di Kala Jiwa Mulai Kacau | PAKSI.NET

Khamis, 22 Mac 2012

SOLAT YANG TAK TERIMA ALLAH S.W.T

Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud "Sesiapa yg memelihara solat,maka solat itu sebagai cahaya baginya,petunjuk dan jalan selamat.Dan barangsiapa yang tidak memelihara solat,maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahay,dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".


Rasulullah s.a.w juga telah bersabda "10 orang solatnyatidak diterima oleh S.W.T ::


1.orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2.Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3.orang lelaki yang menjadi imam,padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4.Orang lelaki yang melarikan diri.
5.Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya(tidak bertaubat)
6.Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7.Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8.Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9.Orang-orang yang suka makan riba`.
10.Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar,maka sesungguhnya solatnya itu hanya menanbahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."


Hasan r.a berkata "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan  perbuatan mungkar dan keji,maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat.Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semua ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk"


sumber : Aduka Panji Alam(Official) Fans club

: : SIBUK KITA VS SIBUK RASULULLAH : :

Hari ini kita merungut menyatakan kita sibuk,Namun cube tanya diri kita kembali,Adakah kesibukan diri kita menandingi kesibukkan Ar-Rasul?..Tahukah kamu,Bahawa Rasulullah S.A.W merupakan MANUSIA YANG PALING SIBUK.Namun,kita dapt lihat bagaimana dalam kesibukkan,Baginda masih memperuntukkan masa untuk BERIBADAH kepada Allah sehingga BENGKAK kedua kakinya sedangkan beliau telah DIJANJIKAN SYURGA..

Sesungguhnya Baginda melakukan semua itu kerana mahu menjadi HAMBA yang bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah memberinya banyak nikmat,Cuba ukur sejauh mana kesibukkan kita dan kesyukuran kepada Allah S.W.t.


Rasulullah S.A.W siduk kerana :-

1. memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
2.Bermunajat kepada Allah setiap malam
3.Mengejar ilmu kepada sahabat setiap hari
4.Berperang di jalan Allah
5.Melayani Isteri-isteri
6.Menerima dan mengajar Al-Qur`an yang disampaikan oleh Jibrail selama 23 tahun serta menghafalnya
7.melayani tetamu dari bangsa Badwi,Yahudi,Parsi dan lain-lain
8.Menziarah orang sakit (biar muslim,munafiq atau yahudi)
9.Mengajar ilmu Al-Qur`an kepada Jin
10.memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari Kiamat(dengan menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan dengan Syafaat)

Tapi kita..sibuk kerana hanya beberapa perkara :-

1.membuat Assigment
2.facebook,youtube dan lain-lain berkaitann denganya.
3.Dating dengan Kekasih.
4.Menziarahi pasaraya dan shopping mall
5.Tengok drama korea,movie marathon dan lain-lain.

Melihat perbandingan hidup kita dengan Rasulullah s.a.w,Baginda telah benar-benar hidup dengan kehidupannya,sedangkan kita telah MEMATIKAN DIRI sebelum kematian.Allah BERSUMPAH DENGAN MASA,dalam membicarakan kerugian manusia ;- "Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.."(Surah Al-Asr :1-2)



sumber : //www.facebook.com/groups/CintaAllahCintaAbadi/


Rabu, 21 Mac 2012

letakan diri kita di tempat sepatutnya(LELAKI)


                                           "menjadi iman dari suatu kaum ialah mana lebih baik bacaan Al-Quranya"


"Dari Abdullah bin Masud,dia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda "Menjadi Imam dari suatu kaum ialah mana yang lebih baik bacaan al-Qur`annya.Bila semuanya sama bagus, hendaklah imamkan mana yang paling alim(banyak tahu)akan sunnah Rasul.Kalau semuanya sama alim tentang sunnah Rasul,maka dahulukan mereka yang lebih dulu hijrah.Kalau mereka sama dahulu hijrah,maka imamkanlah mereka yang lebih tua usianya." (HR Imam Ahmad muslim,dari Abdullah bin Mas`ud).


"Kalau mereka ada bertiga,hendaklah diimamkan seorang.Yang lebih berhak menjadi imam ialah yang lebih banyak bacaan (tahu tentang bacaan Al Qur`annya)". (HR Imam muslim,Ahmad dan Nasa`i dengan sumber Abi Said Al-Khudry).




sumber dari : http://www.darulkautsar.net








9 PERKARA MEMBANTU PRUBAHAN DALAM DIRI KITA

salam semua..sini saya nk kongsi 1 artical tentang perkara yang dapat membantu kita membuat perubahan dalam diri kita...INSYALLAH dengan adanya panduan ini,kita dpt membuat perubahan dalam diri kita...

1.JIKA KITA MARAH ~>  TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa.
2.JIKA KITA BINGUNG~> KLIK doa agar tenang hati.
3.JIKA KITA DIPUJI ~> RELOAD syukur supaya kita tidak alpa
4.JIKA KITA GAGAL ~> DOWNLOAD usaha untuk memberi kita semangat
5.JIKA KITA KECEWA ~> RESTART tenaga agar sentiasa sedar
6.JIKA KITA BERDOSA ~> UNDO perangai itu & bersolat taubat
7.JIKA KITA BERDENDAM ~> DELETE buruk sangka supaya bersih hati
8.JIKA KITA BERBOHONG ~> BACKSPACE kata-kata untuk membetulkan keadaan
9.JIKA KITA BUAT MAKSIAT ~>REGISTER SOFTWARE sikap baru & taubat nasuha

sumber : http://peribadirasulullah.wordpress.com

KESOMBONGAN YANG BURUK ADALAH MENYOMBONGKAN DIRI DENGAN ILMU

Kesombongan yang paling buruk adalah orang yang menyombongkan diri di hadapan manusia dengan ilmunya, merasa dirinya besar dengan kemuliaan yang dia miliki.
Bagi orang tersebut tidak bermanfaat ilmunya untuk dirinya.
Barangsiapa yang menuntut ilmu demi akhirat maka ilmunya itu akan menimbulkan hati yang khusyuk serta jiwa yang tenang. Dia akan terus mengawasi dirinya dan tidak bosan untuk terus memperhatikannya, bahkan setiap saat dia selalu introspeksi dan meluruskannya. Apabila dia lalai dari hal itu, dia akan menyimpang dari jalan yang lurus dan akan binasa.
Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk membanggakan diri dan meraih kedudukan, memandang remeh kaum muslimin yang lainnya serta membodoh-bodohi dan merendahkan mereka, maka hal ini merupakan kesombongan yang paling besar.
Tidak akan masuk surga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun hanya sebesar dzarrah (biji sawi).
Laa haula wa laa quwwata illaa billah.
Al Imam Adz Dzahabi rahimahullah
(Al Kabaa’ir ma’a Syarh li  Ibni al ‘Utsaimin hal. 75-76, cet. Daarul Kutub ‘Ilmiyah)
Sumber: muslim.or.id