LinkWithin

Isnin, 26 Mac 2012

CINTA LEBIH DARI..


Ramai yang tahu tentang cinta.Ramai yang tahu menyebut perkataan CINTA.Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata..Tetapi adakah anda tahu apakah itu cinta yang sebenar?kat sini ada seorang pakar cin yang ingin berkongsi apakah itu cinta dengan lebih lanjut.



Sifat cinta

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itu la cinta sebenar cinta.

Cinta wujud sejak dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran kelahiran cinta bermula dari kepadabelaian ibu,membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta bersedia

Bila sampai masanya di tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawabkan kerana cinta.Sedia untuk menerahkan diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak boleh dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu hidup

Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya dera dan peraan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.

Cinta itu suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balsan.Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa.Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdoa.

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakakan diri kekasih yang dicintai.malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya itu sendiri.









1 ulasan:

  1. BLOG ANDA TELAH KAMI MASUKKAN KEDALAM SENARAI BLOG-BLOG MALAYSIA. HARAP ANDA JUGA TELAH MASUKKAN BLOG INI KEDALAM BLOGLIST ANDA http://bloglistmalaysia.blogspot.com terima kasih

    BalasPadam