LinkWithin

Khamis, 5 April 2012

DOA UNTUK PASANGAN BERCINTA

Ya Allah.....
seandainya telah engkau catatkan..
Dia miliku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah Kebahagian antara kami..
Agar kemesraan ini abadi...
Dan Ya Allah..Ya Tuhan yang mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya allah..
Seadainya telah engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah ia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah ia dari ingatkanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Serta Ya Allah Ya Tuhan yang maha mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangan jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
agar ku bisa bahagia..
Walaupun tanpa bersama dengannya..
Dan Ya Allah yang tercinta..
Gantilah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
Walaupun tidak sama dengan dirinya..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Pasrahlah aku dengan takdirMu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik buatku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hamba MU ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan di Akhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini..
Jangan Engkau biarkan aku bersendirian..
Di dunia ini mahupun di Akhirat..
jangan menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraanhidup..
ke jalan yang Engkau redhai..
Dankurniakanlah padaku keturunan yang soleh..

Amin..Ya Rabbal A`lamin..






credit : ummiadam.teratakrindu.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan