LinkWithin

Rabu, 8 Januari 2014

Himpunan doa-doa selepas solat

Assalamualaikum..berjumpa lagi kita..di sini saya ingin berkongsi kepada rakan-rakan himpunan doa selepas solat..saya terpandang satu blog menyiarkan artical ini..saya rasa amat berguna dan saya ingin berkongsi kepada rakan-rakan yang saya sayangi..insyallah..semoga doa ini akan bermanfaat buat kita semua..insyallah..






Semoga kita akan menjadi hamba yang sentiasa berdoa kepadaNya..insyallah..

Assalamualaikum

Rabu, 23 Mei 2012

Selasa, 22 Mei 2012

Mengapa rasa sihat di Makkah?





Sejak 125 tahun lalu,GMT telah diterima pakai sebagai wilayah yang dijadikan ukuran awal waktu dunia kerana dilalui titik nol darjat.Penentuan titik ini penting untuk mempermudahkan ukuran waktu perjalanan dan komunikasi antara negara.

Bagi Arab Saudi, Makkah  dianggap lebi tepat sebagai episentrum dunia. Kota suci umat islam tersebut adalah diakui sebagai wilayah tanpa kekuatan magnetik oleh peneliti Mesir seperti Abdel-Baset al-Sayyed. Artinya, jarum kompas tidak bergerak saat di Makkah.

"Itulah mengapa ketika seseorang berpergian ke Makkah atau tinggal di sana, mereka tinggal lebih lama dan lebih sehat karena hidupnya lebih sedikit di pengaruhi oleh gravitasi," jelas al-Sayyed.

Bagaimanakah anda mengacau makanan atau minuman?menggunakan arah jam atau lawah jam?

Berpandukan sunnah Rasulullah, Baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti,mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk..

Pergerakkan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam. Pergerakkan cytoplasm  di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam. Begitu peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.

Mengikut artical "Rahsia Kaabah" yang saya baca disini,dijelaskan bahawa antara faktor-faktor yang menyebabkan pusaran tenaga sangat besar di kaabah dan mengapa berdoa di Multazam sangat mustajab  ialah kerana arah tawaf mengikut arah lawan jam. bagaimana?
Dalam fizik,hukum Tangan kanan(Right hand rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelilingi oleh arus mengalir mengikut arah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala kea atas.

Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar,terjana daripada bio-electrons dalam tubuh manusia,bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi Kaabah.Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.

Jadi dari situlah  rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari kaabah. Maka kekuatan doa kitamenjadi berlipat kali ganda.

Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, saya pernah terbaca bahwa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama,berpandukan Hukum Tangan kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melaui lawan arah jam.

Kitaran hayat manusia melalui arah jam, sekiranya kita melawan arah jam, kita melawan penuaan dan menyihatkan badan kerana pergerakkan cytoplasm di dalam sel manusia adalah mengikut arah lawan jam.


Subhanallah...ikutlah sunnah Nabi S.A.W semoga kita akan sentiasa sihat..

Jumaat, 13 April 2012

kelebihan surah Dhuha


assaalamualaikum....hari ini saya nak kongsi kepada rakan-rakan tentang kelebihan surah Dhuha..
Surah Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, di tinggalkan dan di benci.Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad S.A.W bahawa Allah S.W.T telah membenci dan meninggalkan baginda S.A.W..

Allah S.W.T dengan bahasa lembut menyejukkan jiwa Nabi S.A.W,bahawa Dia tidak tinggalkan dan bencikan Nabi S.A.W..Bagi mereka yang merasakan diri disisihkan manusia,hakikatnya..Allah tidak biarkan mereka kesepian.Dia sentiasa bersama, lalu Dia pujuk jiwa yang disishkan itu dengan jaminan bahawa hari esok adalah cerah dan lebih baik dari hari ini.

Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika di amalkan selalu..

Terjemahan :-

1.Demi waktu Dhuha
2.Dan malam apabila ia sunyi sepi.
3.(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak menninggalkanmu,dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang Ditutuh oleh kaum Musyrik).
4.Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebi baik bagimu daripada permulaannya.
5.Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat) sehingga engkau reda-berpuas hati.
6.Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Ia memberikan perlindungan?
7.Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah  (dengan wahyu Al-Qu`ran)?
8.Dan didapatiNya engkau miskin,lalu  Ia memberikan kekayaan?
9.Oleh itu,adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.
10.Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
11.Adapun nikmat Tuhammu maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.



sumber : aduka panji fans pages

Khamis, 5 April 2012

DOA UNTUK PASANGAN BERCINTA

Ya Allah.....
seandainya telah engkau catatkan..
Dia miliku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah Kebahagian antara kami..
Agar kemesraan ini abadi...
Dan Ya Allah..Ya Tuhan yang mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
ketepian yang sejahtera dan abadi..

Tetapi Ya allah..
Seadainya telah engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah ia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah ia dari ingatkanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Serta Ya Allah Ya Tuhan yang maha mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangan jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
agar ku bisa bahagia..
Walaupun tanpa bersama dengannya..
Dan Ya Allah yang tercinta..
Gantilah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
Walaupun tidak sama dengan dirinya..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Pasrahlah aku dengan takdirMu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik buatku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hamba MU ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan di Akhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini..
Jangan Engkau biarkan aku bersendirian..
Di dunia ini mahupun di Akhirat..
jangan menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraanhidup..
ke jalan yang Engkau redhai..
Dankurniakanlah padaku keturunan yang soleh..

Amin..Ya Rabbal A`lamin..






credit : ummiadam.teratakrindu.net

KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA

Assalamualaikum.......

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran jam 8.00 pagi hingga jam 11.00 pagi).Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat.Boleh juga dilakaukan sebanyak 4,6,8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha :-

1.Bacaan niat solat Dhuha ertinya : "sahaja aku solat suhat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala"
2.Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam.
3.Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha.
4.Setelah selesai salam,lalu membaca doa

maksudnya :-

"Ya Allah,sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMU,kecantikannya adalah kecantikkanMU,keindahan itu keindahanMU,kekuatan itu kekuatanMU,kekuasaan itu kekuasaanMU dan perlindungan itu perlindunganMU.Ya Allah,jika rezekiku masih dilangit,turunkanlah,dan jika didalam bumi,keluarkanlah,jika sukar,permudahkanlah,jika haram,sucikanlahdan jika jauh,dekatkanlah.Berkat waktu Dhuha,kecantikan,keindahan,kekuatan,kekuasaanMU,limpahkan kepadaku segalanyayang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMU yang soleh.

Kelebihan :

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :

"Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali,dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali,nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar."(HR. Anas B Malik).


"Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus,akan diampuni dosanya oleh Allah,sekalipun dosa itu seluas lautan."(HR Tarmizi)

 "Rasullulah S.A.W bersabda : Setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah,dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah,dan setiap ucapan takbir itu sedekah,dan meyeru dalam kebaikan sedekah,dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah,dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat."(HR Ahmad,Muslim dan Daud)


Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Ibrahim. Terbitan Al-Hidayah Publisher


credit : ummiadam.teratakrindu.net

Isnin, 26 Mac 2012

CINTA LEBIH DARI..


Ramai yang tahu tentang cinta.Ramai yang tahu menyebut perkataan CINTA.Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata..Tetapi adakah anda tahu apakah itu cinta yang sebenar?kat sini ada seorang pakar cin yang ingin berkongsi apakah itu cinta dengan lebih lanjut.



Sifat cinta

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itu la cinta sebenar cinta.

Cinta wujud sejak dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran kelahiran cinta bermula dari kepadabelaian ibu,membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta bersedia

Bila sampai masanya di tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawabkan kerana cinta.Sedia untuk menerahkan diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak boleh dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu hidup

Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya dera dan peraan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.

Cinta itu suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balsan.Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa.Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdoa.

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakakan diri kekasih yang dicintai.malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya itu sendiri.