LinkWithin

Jumaat, 13 April 2012

kelebihan surah Dhuha


assaalamualaikum....hari ini saya nak kongsi kepada rakan-rakan tentang kelebihan surah Dhuha..
Surah Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, di tinggalkan dan di benci.Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad S.A.W bahawa Allah S.W.T telah membenci dan meninggalkan baginda S.A.W..

Allah S.W.T dengan bahasa lembut menyejukkan jiwa Nabi S.A.W,bahawa Dia tidak tinggalkan dan bencikan Nabi S.A.W..Bagi mereka yang merasakan diri disisihkan manusia,hakikatnya..Allah tidak biarkan mereka kesepian.Dia sentiasa bersama, lalu Dia pujuk jiwa yang disishkan itu dengan jaminan bahawa hari esok adalah cerah dan lebih baik dari hari ini.

Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika di amalkan selalu..

Terjemahan :-

1.Demi waktu Dhuha
2.Dan malam apabila ia sunyi sepi.
3.(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak menninggalkanmu,dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang Ditutuh oleh kaum Musyrik).
4.Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebi baik bagimu daripada permulaannya.
5.Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat) sehingga engkau reda-berpuas hati.
6.Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Ia memberikan perlindungan?
7.Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah  (dengan wahyu Al-Qu`ran)?
8.Dan didapatiNya engkau miskin,lalu  Ia memberikan kekayaan?
9.Oleh itu,adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.
10.Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
11.Adapun nikmat Tuhammu maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.



sumber : aduka panji fans pages

Tiada ulasan:

Catat Ulasan